Pusat Sumber Sekolah SMK Kedawang (PSS SMKKedawang) telah ditubuhkan semenjak penubuhan SMK Kedawang lagi iaitu pada tahun 1984. Walaubagaimanapun pada tahun tersebut sekolah ini dikenali sebagai Sek. Men. Temoyong, hanya pada tahun 1998 baru ditukarkan kepasa SMK Kedawang. PSS SMKKedawang terletak di tingkat atas bangunan belakang yang berhampiran dengan kawasan asrama. Walaupun PSS ini terletak di bangunan paling belakang tetapi penunjuk arah seperti tapak kaki telah disediakan oleh pihak PSS bermula di pejabat pentadbiran sekolah.
PSS SMKKedawang ini diselaraskan oleh seorang guru media dan dibantu oleh beberapa orang guru yang dipecahkan mengikut AJK serta lebih 30 orang pelajar yang dilantik sebagai pengawas perpustakaan. PSS ini dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu perpustakaan dan bilik tayangan yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan para pelajar dan guru.